Pemberontakan Madiun 1948

Pemberontakan komunis Madiun 1948 meletus semasa Revolusi Nasional Indonesia di bandar Madiun, Jawa Timur. Pihak berhaluan kiri iaitu Front Demokrasi Rakyat PKI (FDR/PKI) melakukan pemberontakan terhadap pemimpin-pemimpin Republik Indonesia yang baru diisytiharkan, tetapi ia dibatalkan oleh kuasa-kuasa Republikan.

Pada 18 September 1948 ' Republik Soviet Indonesia ' berhasil diisytiharkan di Madiun , di bahagian barat Jawa Timur , oleh ahli-ahli Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Sosialis Indonesia (PSI). Ketika inilah masa yang tepat untuk "kebangkitan proletariat" , mereka berhasrat memberontak terhadap "Sukarno-Hatta, hamba Jepun dan Amerika". Madiun dimenangi semula oleh kuasa-kuasa Republikan dalam tempoh beberapa minggu , dan pemimpin pemberontakan, Musso, telah dibunuh. RM Suryo ,selaku Gabenor Jawa Timur, serta beberapa pegawai polis dan pemimpin-pemimpin agama, telah dibunuh oleh pemberontak.

Pemberontakan ini meluas sehigga ke Solo, Magetan, Ponorogo, Purwodadi dan Cepu. Banyak pejabat, perwira, prajurit, lurah / kepala desa, kiai, santri dan masyarakat yang menjadi korban PKI. Mereka menjadi mangsa tikaman kelewang dan lain-lain senjata.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne